Kisah Terkini

Ahad, 26 Ogos 2012

keburukan dan kebaikan daun ketum




ok la u all,,mai kita sama2 mengkaji apa itu daun ketum yg anak muda kita tergila2 kan sgt daun itu,,Pada zaman dahulu,,daun ini digunakan utk mengubati penyakit,,seperti kencing manis,,darah tinggi,,kekuatan batin,,menghilankan sakit urat dan lenguh2 badan dan bermacam-macam jenis penyakit lagi,,

Pada yg zaman serba moden ini,,daum ketum ini telah disalah gunakan oleh jenerasi remaja zaman sekarang sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan 1 akta undang-undang iatu akta racun.




Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa InggerisKratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai KratomNama botaninya Mitragyna speciosa korth.


Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungimitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

keburukan dan kesan2 penagihan daum ketum

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya


Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)

  • Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  • sengal-sengal sendi
  • mudah marah
  • lemah untuk bekerja

Masa depan pokok Ketum

Dengan pengistiharkan daun Ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003, ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa.
Nasib pokok ketum ternyata berbeza dengan pokok kola yang berasal dari Amerika Syarikat. Air rebusan daun kola telah dijadikan bahan asal Coca-cola. Bagaimanapun setelah didapati daun kola mempunyai bahan ketagihan yang sama, syarikat Coca-cola telah menukar bahan asal dalam daun kola kepada bahan sintatik yang tidak menagihkan. Apakah mungkin anda pengusaha daun Ketum yang mampu menjalankan penyelidikan bagi menyingkirkan bahan mitragynine dari ramuannya untuk dipasarkan? Mungkin akan terhasilKetum Kola? Hanya masa akan menetukannya.
Bagaimanapun penyelidikan oleh luar negara untuk memajukan pokok Ketum menunjukkan hasil yang menggalakkan. Kajian oleh Ridley 1897 di Malaya dan terbaru di New Zealand mendapati kandungan mitraginin dalam daun ketum dos rendah boleh digunakan sebagai ejen dalam rawatan detoksifikasi dadah (pemulihan penagih dadah). Dengan itu daun Ketum dipercayai boleh membantu dalam rawatan detoksifikasi atau terapi gantian dan khasiat dalam perubatan tradisional tetapi kajian lebih saintifik perlu dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan serta keberkesanan daun ketum digunakan dalam rawatan itu.
Oleh itu, jangan terkejut sekiranya suatu hari Malaysia akan mula mengimport daun Ketum dari New Zealand dan Australia sebagai bahan ubatan bagi merawat penagih dadah diMalaysia, sungguhpun ia berasal di sini.

Tindakan penguatkuasaan.

  • Pada 3 Mei 2005, lima pengedar air ketum ditahan di Felda di negeri Terengganu dan 144 liter air dan 44 kg daun ketum dirampas. Mereka boleh dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali. [1] Pada Julai 2008, tangkapan terhadap sindiket penjualan air ketum masih dijalankan.[2]




KaLaU SuKa SgT LIKE la,,k u all,,,hehehe...

4 ulasan:

Yana Yassin berkata...

Ok, dah tau apa itu ketum. Terima Kasih.

Unknown berkata...

tpi dulu daun ketum ni org dok ubat penyakit,,tpi remaja la ni terlebih qenius,,dia wat untuk kesenorokan depa lak,,dunia ohh dunia,,,kikikiki

Tanpa Nama berkata...

Khasiat daun ketum xdpt d nafikn lagi,bg pengusaha,pengemar,dan peminum,kesihatan anda d jamin..hdup ketum,hahahaha....

Tanpa Nama berkata...

Ingat ketum,ingat mie ketum

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...