Kisah Terkini

Khamis, 23 Ogos 2012

Rozita Che Wan Syukur


KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2012Pelakon cantik lagi seksi, Rozita Che Wan melafazkan rasa kesyukuran melihat adiknya iaitu pelakon Ayu Raudhah yang sudah berhijab sebaik pulang dari mengerjakan umrah.

Malah, pelakon ini memberitahu dia pernah meluahkan pandangan terhadap adiknya itu mengenai pemakaian tudung.
"Syukur Alhamdulillah, Ayu sudah pun bertudung. Dari dulu lagi, saya pernah cakap dengan dia supaya bertudung. Saya ada kata kepadanya, adik kamu lebih cantik apabila mengenakan tudung.
"Sekarang ini, dalam adik-beradik saya semua, hanya saya seorang saja yang masih belum bertudung lagi. Setakat ini, tidak ada pula suara sumbang yang mengata saya tentang ini. Berani mereka nak carut saya.
"Lagi pun, kesemua adik-beradik saya bertudung bukan kerana paksaan. Insya-Allah, saya memang nak sangat bertudung. Mungkin, saya bertudung selepas berkahwin nanti. Tetapi saya tidak tahu bila saya akan berkahwin," katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Rozita berasa sedih kerana adik-beradik yang lain tidak dapat bersama beraya pada hari raya pertama. Namun, pelakon ini tidak boleh melupakan saat manis yang berlaku pada pagi lebaran tahun lalu.
"Pagi raya tahun ini, mungkin tiada gelak ketawa seperti tahun yang lalu. Kakak dan Ayu tidak beraya bersama. Tahun lalu, kami semua tergelak besar apabila Zaquan memakai baju Melayu singkat.
"Kakak saya pula telah menggosok baju anaknya sampai lengan baju melayu itu koyak. Apapun, tahun ini saya pulang ke kampung secara konvoi dengan adik ipar saya, Mazlan Pet Pet," ujarnya.
Berjaya mengadakan majlis rumah terbuka pada hari raya ketiga di Alor Setar Kedah, Rozita memberitahu, Ayu sempat pulang ke kampung pada hari raya kedua.
"Kami sekeluarga buat majlis open house pada raya ketiga. Waktu itu, Ayu dah balik kampung. Pada hari raya keempat iaitu hari ini pula, saya sekeluarga akan menemani Ayu menonton bola kerana Zaquan ada games di Alor Setar.
"Saya tidak menjemput semua lelaki yang pernah dikaitkan dengan saya. Mereka pun bukannya boyfriend saya. Di sini pun nanti, dah ramai tetami yang akan datang.
"Saya pun akan membuat open house di rumah saya di Kuala Lumpur. Mungkin pada 14 September nanti," jelasnya.
Rozita bakal mengambil cuti panjang sehingga 25 Ogos 2012. Selepas itu, dia akan menyambung penggambaran drama sehingga penghujung tahun ini.
dari MURAI.COM


KaLaU SuKa SgT LIKE la,,k u all,,,hehehe...

2 ulasan:

Yana Yassin berkata...

hurm, pernah jumpa RCW nie,.. muka dia macam plastik.. ahaakss

Unknown berkata...

ye..sy x penah tgk live,,tpi apa cita pun RCW ni memang tiptop la,,,kikikikikik

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...