Kisah Terkini

Sabtu, 25 Ogos 2012

Ziana Zian Pernah Buat Meriam Buluh Sendiri.........





KUALA LUMPUR,2012: Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana golongan selebriti dan artis kita bersiap kala menyambut lebaran yang bakal menjelang kurang daripada dua minggu saja ini. Adakah mereka akan berhabis-habisan? Atau sekadar sederhana sahaja? Jom kita tanya diva kita yang seorang ini, Ziana Zain bagaimana dia bersiap kala menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

"Tahun ini saya akan habiskan waktu beraya di Merlimau, tempat kelahiran saya. Sudah lebih kurang 20 tahun tak berbuat demikian. Raya sebelum ini saya ada juga pulang ke sana tetapi saya tidak pernah membuat persiapan dan tidak berada di sana untuk jangkamasa yang lama. Kali ini, saya mahu lakukan semua itu.

"Saya sukakan suasana kampung rasa tenang dan lapang dada kala melihatnya. Sebab itu, saya nak ajak anak-anak dan suami pulang lebih awal, sebab nak berkemas rumah di sana dan kalau boleh saya nak habiskan masa di Merlimau sampai hari raya ketiga, Insya Allah."Tahun ini saya nak rasa hari raya pertama di kampung, rindu mengingatkan zaman ketika masih kanak-kanak pergi beraya dengan saudara mara. Susah nak dapat peluang macam ni apatah lagi sekarang saya dah berkeluarga besar," ujarnya yang bakal pulang dengan suami dan empat orang cahayamata kesayangannya.


"Tahun ini saya nak rasa hari raya pertama di kampung, rindu mengingatkan zaman ketika masih kanak-kanak pergi beraya dengan saudara mara. Susah nak dapat peluang macam ni apatah lagi sekarang saya dah berkeluarga besar," ujarnya yang bakal pulang dengan suami dan empat orang cahayamata kesayangannya.Ditanyakan tentang persiapan hari rayanya, Ziana Zain tersenyum mengingatkan persiapan hari rayanya banyak dihabiskan untuk empat orang anaknya. 


Ketika ditemubual dia baru sahaja pulang bershopping raya bersama anak-anak."Setiap tahun, biasalah anak-anak yang lebih. Saya ada juga beli ready made baju kurung daripada satu butik di Shah Alam, yang lain-lain saya pakai yang lama sahaja. Memandang tahun ini saya hanya beraya di kampung sahaja, jadi saya tak mahulah tampil dengan terlampau grand, cukup sekadar nampak berseri di hari mulia."Ada juga menempah dengan pereka-pereka fesyen tempatan tetapi saya akan memakainya selepas raya baru untuk memenuhi undangan rumah terbuka kelak. Dah jemu la tengok dan pakai baju grand-grand sangat, nak photoshoot mungkin ok, tetapi nak pergi beraya biasa-biasa, cukuplah sekadar baju raya yang biasa-biasa. Itu sudah memadai."Rasanya tahun ini sambutan raya saya pasti akan meriah dan rasa dah tak sabar nak siapkan famili. Anak kembar saya pun dah besar, jadi kami berenam akan siap sedondon untuk pergi beraya. Paling mengujakan saya sebab anak perempuan tunggal saya dah besar, kalau tak dulu siapkan yang hero-hero sahaja, tahun ini dah boleh beli baju raya buat Nour Kaseh,"ujarnya sambil tersenyum.Mengimbau kenangan Syawal ketika kecil, Ziana Zain tidak boleh melupakan waktu ketika dia menyiapkan pelita untuk persiapan bagi malam tujuh likur dan bermain meriam buluh bersama sepupunya."Jangan tak tahu ya, walaupun saya perempuan, pelita buluh itu saya buat sendiri dan itu adalah antara perkara yang tidak mungkin dilupakan. Buat pula pada malam tujuh likur, sambil tunggu orang buat dodol, kami siapkan pelita dan lepas tu beratur nak makan dodol panas-panas."Lagi satu kenangan yang tidak mungkin saya lupa, kala membuat persiapan untuk meriam buluh dan karbaid. Saya dan sepupu ramai-ramai pergi cari buluh dan buat di belakang rumah, tak cukup buluh sebab dah pecah kami gantikan pula dengan paip. Kalau teringat dahulu macam tak percaya. Tapi itulah Ziana Zain masa kecil,"cerita Ziana mengenai kenangan menyambut raya di kampung ketika kecil.


KaLaU SuKa SgT LIKE la,,k u all,,,hehehe...

Tiada ulasan:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...