Kisah Terkini

Khamis, 23 Ogos 2012

Abby kena tegur


KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2012: Sejak beberapa hari lepas, Murai Batu ada terdengar kisah Abby Abadi terlibat dalam satu perhimpunan yang Murai Batu rasa lebih manis disebut majlis ilmu kerana majlis ia menampilkan seorang ikon baru iaitu Uztaz Azhar Idrus yang menjadi tempat rujukan tentang perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

Program yang dinamakan Santai Anak Muda bersama Selebriti turut menampilkan penyanyi Faizal Tahir sebagai salah seorang panel dan pelawak Man daripada program Raja Lawak sebagai tetamu undangan. Acara tersebut khabarnya diadakan bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada hujung minggu lalu.
Namun, bukan isu kemunculan Faizal Tahir atau Man yang jadi perhatian tetapi Abby Abadi yang telah men'kantoi'kan diri sendiri terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Azhar Idrus walaupun tokoh yang dihormati ini sudah pun menjelaskan bahawa kata-katanya itu ditujukan secara umum dan bukan kepada individu tertentu.
Ustaz Azhar turut menjelaskan bahawa mereka yang berhijrah daripada buruk kepada yang baik tidak sepatutnya mengutuk atau menghentam mereka yang masih belum berhijrah atau masih 'lagha' (lalai). Belum sempat Ustaz Azhar menghabiskan ayatnya, Abby sudah memotong cakap ustaz dan bertanya adakah ustaz menuduh dia seperti yang dimaksudkan itu.
Ertinya, adakah benar Abby pernah berbuat demikian sampai dia mendakwa perkara itu sebagai fitnah? Atau dia tidak senang dengan teguran yang diberikan Ustaz Azhar walaupun ustaz tidak menuding kepada sesiapapun.
Hmmm.. entah, Murai Batu tidak tahu apa perasaan sebenar yang bermain di fikiran mengenai teguran daripada Ustaz Azhar yang katanya tidak menyelar sesiapa tetapi kenapa Abby nak terasa lebih? Orang kata kalau siapa makan cili dia yang akan terasa pedas.
Dalam situasi ini Murai Batu rasa biar Abby nilai dan timbang balik, lagipun dia juga sedang giat melibatkan diri dalam majlis ilmu sebegini jadi dalam masa yang sama dia boleh menambah ilmu agama, barulah dia akan dipandang tinggi dan cakapnya diterima.
MURAIBATU: Kadang-kadang lebih banyak bercakap, lebih banyak salah yang dibuat. Jadi, lebih baik diam sajalah...
dari MURAI.COM


KaLaU SuKa SgT LIKE la,,k u all,,,hehehe...

Tiada ulasan:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...